Sunday, December 4, 2016

Sesi Rawak:Terowong masa.

May Peace be Upon You. and Hi 😉

Ok, bagaimana mahu mula. Erm. Blog post yang paling akhir November 2014, Ya Allah lama sungguh. 2014 tu zaman tahun akhir degree, sekarang dah masuk zaman kerjaya. 2014, 2015,2016. Dua tahun berlalu macam angin. Banyak yang berubah, atau pun masih sama?

Cuba untuk teliti kembali blog list yang selalu baca dulu-dulu dan yup, masih ada update baru. Wah, konsistennya kalian. Thumbs up! 

Mula menulis dalam blog sejak lepas SPM, 2009. Aktif waktu zaman asasi tahun 2010, tahun tu blog tengah popular, semua nak ada blog, semua nak jadi blogger, eheh. Bila masuk zaman degree 2013 2014 dah mula slow down, komitmen lain dah makin meninggi, alasan. alasan. Masa tu masih dengan penanurani.blogspot, blog lama. Tulisan-tulisan yang ada disitu semua dah didraftkan balik, jadi kenangan sendiri.



Dan sekarang, Disember 2016. Yup, graduated and gainfully employed. Alhamdulillah.

Sumber


Harini terbuka satu pautan artikel di Facebook ;  
Every Stressed 24-Year-Old: Stop For A Minute And Read This - Diksha D

Yeah, I'm 24 and i'm freaking stressed with my life. Ok kidding, i'm not that stressed. Luls. 



Not beautiful, not wonderful, not hopeful. But tough. Tough because we can't stop thinking about what's coming our way. Tough because we spent the past 2-3 years in denial, in denial that we are growing up. In denial that we want to make it big but don't know how. The confusing moments in our life soon became moments of denial. Those vague ideas about the "real" world are now so in-your-face that you've lost sight of the greatness you once dreamed of.


There is a guitar gathering dust, a deflated basketball, an incomplete MS-Office 2003 doc, broken oil pastels, forgotten dreams, dysfunctional imagination — all of which are in some corner of your over-worked heart, but you couldn't care enough to give them as much attention as you would give to an unpaid bill. You pay tax to have a good time but you won't give real happiness a second chance.

Artikel yang ini, setuju yang sebahagian dah sebahagian lain tak berapa setuju. Erm, tak semua ada sumber kewangan yang kukuh untuk 'follow your own passion' . Tapi kalau diusahakan tak mustahil pun. Dan mungkin alternatif lain yang ini ;






Akan tetapi, pautan yang di atas la yang menjadi penyebab untuk gagahkan diri, bersihkan habuk pada komputer riba, retrieve blogger passpword. Tada.. i'm here.


Stay strong. Love. 😉


Nota kaki : Berterabur sudah gaya bahasa. Dah lama tak menulis. Bahasa melayu dan dirojakkan sana sini. Akan diperbaiki di lain masa. Blogwalking jom.













Wednesday, December 31, 2014

Asam pekasam.

Sebulan lebih.

Life as a final year student is quite hectic yo.

Sekarang baru ada masa untuk tarik nafas dan hembus secara hiperbola. Tanpa bernafas, tak mungkin hidup sampai sekarang. Tanpa oksigen tak mungkin boleh duduk menaip macam sekarang. Tapi yang paling penting, tanpa izin Dia, oksigen sebanyak mana pun, kalau dah sampai ajal, sampai situ sahaja perjalanan hidup atas dunia.

credit


Kembali kepada penulisan sebegini. Aku rindu. Sungguh.

Banyak draft yang terdraft. Akan ditilik satu persatu supaya menjadi sempurna selepas ini. 

Saturday, November 1, 2014

Nota kusam : Pintu.



Serasa mahu ditutup pintu masuk.
Biar sahaja sendiri terperosok.
Sendiri-sendiri menjadi satu sosok.

Biar dikatup rapat-rapat.
Kerana hati sudah sendat.




sumber




Thursday, October 23, 2014

Ulas buku : Hero.

Adiwira.

Selalunya watak adiwira biasa kita jumpa dalam filem atau komik. Jarang sangat dalam novel. Novel berbahasa melayu. Adiwira di sini dibincang dalam konteks seorang manusia yang punya kuasa luar biasa dan tugas utama dia untuk selamatkan bumi daripada kuasa jahat.

Walhal, perkataan adiwira itu sendiri punya definisi yang luas, tidak terhad pada definisi di atas. Dan yang paling utama, definisi adiwira itu bergantung pada perspektif masing-masing. 

Seorang bapa bekerjaya sebagai nelayan yang cekal menyara keluarga besarnya.
Dia adiwira bagi anak-anaknya.

Seorang guru yang sabar mencurahkan ilmu di dada.
Dia adiwira bagi pelajar-pelajarnya.

Pokoknya, hampir setiap daripada kita ada adiwira sanjungan masing-masing. Tapi bicara yang ini, definisi adiwira itu biarlah berlegar pada konteks seorang manusia yang punya kuasa luar biasa dan tugas utama dia untuk selamatkan bumi daripada kuasa jahat. 

Kredit
Hero. Tulisan saudara Hilal Asyraf.

Ini novel fiksyen Hilal Asyraf yang kedua pernah dibaca. Sebelum ini, Relasi. Selalu sangat menjenguk di ruangan fiksyen mana-mana kedai buku dan ternampak novel yang ini. Tapi hati tak pernah tergerak untuk membeli apatah lagi membaca.

Sebabnya, tajuk dia; Hero. Sinopsis dia apabila dibaca secara rambang, berkisar pada usaha seorang lelaki yang cuba untuk menyelamatkan negaranya daripada ancaman kuasa jahat. Rasa macam jalan ceritanya tipikal sangat.

Transformer, iron man, spiderman, batman. Tahu filem yang ini? Yang jalan ceritanya bertunjangkan seorang hero atau adiwira sebagai watak utama. Dan aku tidak pernah menunjukkan minat sama sekali pada filem-filem sebegini. Maaf katakan. Hey, setiap daripada kita ada minat dan kecenderungan masing-masing.

Beralih pada novel Hero ini. Selesai membaca, terasa macam ada sedikit kesal sebab tidak membacanya dari awal. Novel yang ini pun dibeli oleh adik, dibaca tempoh hari sewaktu ada kelapangan sementara menanti semester baru dibuka.

Berjaya habiskan bacaan kurang daripada sebulan. Diingatkan aku sendiri tergolong daripada mereka yang membaca dengan sangat lambat. Setiap perkataan perlu dihayati ,baru seronok membaca. Tempoh kurang daripada sebulan itu dikira cukup cepat, menandakan novel yang itu menarik.

Hero yang ini. Mengisahkan seorang pemuda yang bertindak sebagai pengaman atau adiwira yang tugasnya menjaga sebuah kotaraya Islam yang dibangunkan oleh sepuluh orang jutawan Islam. Kisah kotaraya Islam dan sepuluh jutawan Islam serius menarik dan unik. Terasa macam seronoknya kalau kotaraya sebegitu memang benar-benar wujud.

Masalah Hero yang ini, ialah masalah iman. Dia sibuk mengejar jejak-jejak penjenayah, mengamankan kotarayanya tapi lupa untuk mengamankan hati sendiri. Konflik novel ini banyak, tak membosankan dan memeningkan. 

Dendam, mencari pembunuh ayahnya, kisah sepuluh jutawan Islam yang dibunuh satu persatu dikejar pihak berkuasa yang korup, menjadi seteru pihak kafir yang tidak suka melihat Islam berdiri dan diangkat tinggi dalam kotaraya tersebut, rahsia disebalik teknologi sut yang digunakan hero dan banyak lagi.

Senang bicara, tak rugi kalau dibaca.

Relasi. Dan kali ini Hero. Mungkin akan cuba mencari tulisan fiksyen Hilal Asyraf yang lain.

Itu sahaja buat kali yang ini.





Sunday, October 19, 2014

Sejenis penjenamaan semula

penanurani.blogspot.com kepada syarinafatin.blogspot.com

Jadi ini lah dia. Versi baru kepada yang lama. Buat siapa yang pernah baca mahupun terbaca tanpa rela cerita-cerita yang pernah ada dan wujud dalam penanurani.blogspot terima kasih diucapkan. Mungkin kini cuma tinggal kenangan.

Empat tahun rasanya bukan satu jangka masa yang pendek. Empat tahun, medium atau pentas utama yang satu itu lah diguna buat mengasah satu jenis kreativiti yang dipanggil menulis. Sampai ada yang bagi komen sebegini;

+Eh, macam best..
+Lembut je gaya bahasa..
+Pandai buat ayat..

Tak pun komen yang sebegini ;

-Geli kot baca ayat puitis bunga-bunga..
-Bosan doe tulisan kau..
-Macam mengarut tak ada arah tujuan je..

Jadinya begitulah. Tak apa, janji hati puas. Tak semua orang ada minat yang sama.  Kegemaran yang berbeza itu membawa kepada variasi. Kegemaran yang sama itu pula membawa kepada keserasian.


Kenapa tukar.

Banyak sangat karya yang tak berapa nak berupa karya sangat dalam dunia maya yang guna nama samaran yang pelbagai. Sampai masanya dah kot, mereka-mereka semua bersatu bawah satu identiti yang sama dan rasanya yang paling baik ialah nama sendiri.

Kenapa dulu nama samaran.

Sebab malu. Sebab tak nak orang nilai diri sendiri berdasarkan apa yang ditulis atau nilai tulisan berdasarkan apa yang ada pada diri sendiri. Begitulah. Tapi, sekarang cuba cabar diri sendiri untuk menulis bawah nama sendiri.

kredit

Yang perlu ada.

Garis panduan. Ya, menulis perlukan idea.Bila sudah kering, mungkin boleh rujuk kepada ini. Dan juga mugkin sebagai 'teaser' bagi blog ini. Ah, yang biasa-biasa saja, mungkin tiada yang istimewa kerana konsepnya cuma  MENULIS.Mudah.

#1 Momen.

penanurani.blogspot.com banyak berdiri atas jenis penulisan yang ini. Jenis penulisan yang aku wujudkan sendiri. Momen ini ibarat kau menatap satu gambar atau foto, apa yang kau dapat lihat dari situ, apa yang kau rasa, cuma bezanya bagi momen ialah penggunaan tulisan bukan foto.

Mungkin sejenis kispen. Satu penulisan deskriptif. Ah, bagaimana mahu menukarkan descriptive kepada bahasa melayu?

#2 Nota kusam

Ini puisi-puisi atau catatan pendek yang sering memenuhi diari di telefon. Orang selalu bicara, seorang pemuisi yang baik, datang dari satu pengalaman yang sangat teruk. Bagi aku, ini sangat benar. Puisi atau catatan pendek yang pernah ditulis lahir dari satu hari yang teruk. Tapi, hey! aku tak juga mengatakan bahawa aku seorang pemuisi yang baik.

#3 Ulas buku. 

Book review la senang cerita. Membaca dan menulis itu kan sahabat. Perlu sentiasa rapat-rapat.

#4 Sesi saintifik.

Pelajar tahun akhir aliran sains yang tak boleh lari daripada terma-terma saintifik. Satu sahaja aku rasa yang susah bagi komuniti yang berada dalam bidang ini; menterjermahkan pengetahuan saintifik kau kepada bahasa normal, yakni layman's term supaya orang lain boleh faham apa yang kau sedang bicarakan.

Jadi, medium yang ini biarlah digunakan serba sedikit untuk mengasah bakat bercerita tentang yang saintifik tetapi menggunakan layman's term yang mudah. 

#5 Sesi rawak.

Yang ini. Bila aku betul-betul sudah tiada idea. Atau mungkin tiba-tiba mahu bercerita tentang isu yang itu walaupun orang lain masih hangat memperkatakan tentang yang lain.



Ok. Yang itu sahaja buat kali yang ini. 

Ada orang bicara. Blog baru perlukan blogger yang rajin untuk blogwalking. Jadi, jom. =)