Sunday, October 19, 2014

Sejenis penjenamaan semula

penanurani.blogspot.com kepada syarinafatin.blogspot.com

Jadi ini lah dia. Versi baru kepada yang lama. Buat siapa yang pernah baca mahupun terbaca tanpa rela cerita-cerita yang pernah ada dan wujud dalam penanurani.blogspot terima kasih diucapkan. Mungkin kini cuma tinggal kenangan.

Empat tahun rasanya bukan satu jangka masa yang pendek. Empat tahun, medium atau pentas utama yang satu itu lah diguna buat mengasah satu jenis kreativiti yang dipanggil menulis. Sampai ada yang bagi komen sebegini;

+Eh, macam best..
+Lembut je gaya bahasa..
+Pandai buat ayat..

Tak pun komen yang sebegini ;

-Geli kot baca ayat puitis bunga-bunga..
-Bosan doe tulisan kau..
-Macam mengarut tak ada arah tujuan je..

Jadinya begitulah. Tak apa, janji hati puas. Tak semua orang ada minat yang sama.  Kegemaran yang berbeza itu membawa kepada variasi. Kegemaran yang sama itu pula membawa kepada keserasian.


Kenapa tukar.

Banyak sangat karya yang tak berapa nak berupa karya sangat dalam dunia maya yang guna nama samaran yang pelbagai. Sampai masanya dah kot, mereka-mereka semua bersatu bawah satu identiti yang sama dan rasanya yang paling baik ialah nama sendiri.

Kenapa dulu nama samaran.

Sebab malu. Sebab tak nak orang nilai diri sendiri berdasarkan apa yang ditulis atau nilai tulisan berdasarkan apa yang ada pada diri sendiri. Begitulah. Tapi, sekarang cuba cabar diri sendiri untuk menulis bawah nama sendiri.

kredit

Yang perlu ada.

Garis panduan. Ya, menulis perlukan idea.Bila sudah kering, mungkin boleh rujuk kepada ini. Dan juga mugkin sebagai 'teaser' bagi blog ini. Ah, yang biasa-biasa saja, mungkin tiada yang istimewa kerana konsepnya cuma  MENULIS.Mudah.

#1 Momen.

penanurani.blogspot.com banyak berdiri atas jenis penulisan yang ini. Jenis penulisan yang aku wujudkan sendiri. Momen ini ibarat kau menatap satu gambar atau foto, apa yang kau dapat lihat dari situ, apa yang kau rasa, cuma bezanya bagi momen ialah penggunaan tulisan bukan foto.

Mungkin sejenis kispen. Satu penulisan deskriptif. Ah, bagaimana mahu menukarkan descriptive kepada bahasa melayu?

#2 Nota kusam

Ini puisi-puisi atau catatan pendek yang sering memenuhi diari di telefon. Orang selalu bicara, seorang pemuisi yang baik, datang dari satu pengalaman yang sangat teruk. Bagi aku, ini sangat benar. Puisi atau catatan pendek yang pernah ditulis lahir dari satu hari yang teruk. Tapi, hey! aku tak juga mengatakan bahawa aku seorang pemuisi yang baik.

#3 Ulas buku. 

Book review la senang cerita. Membaca dan menulis itu kan sahabat. Perlu sentiasa rapat-rapat.

#4 Sesi saintifik.

Pelajar tahun akhir aliran sains yang tak boleh lari daripada terma-terma saintifik. Satu sahaja aku rasa yang susah bagi komuniti yang berada dalam bidang ini; menterjermahkan pengetahuan saintifik kau kepada bahasa normal, yakni layman's term supaya orang lain boleh faham apa yang kau sedang bicarakan.

Jadi, medium yang ini biarlah digunakan serba sedikit untuk mengasah bakat bercerita tentang yang saintifik tetapi menggunakan layman's term yang mudah. 

#5 Sesi rawak.

Yang ini. Bila aku betul-betul sudah tiada idea. Atau mungkin tiba-tiba mahu bercerita tentang isu yang itu walaupun orang lain masih hangat memperkatakan tentang yang lain.



Ok. Yang itu sahaja buat kali yang ini. 

Ada orang bicara. Blog baru perlukan blogger yang rajin untuk blogwalking. Jadi, jom. =)






10 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..

Nak start balik suatu hal tu sgt2 la malas kan..

Selagi ade kudrat nk menaip, taip je la. Asal ade yg mbaca.

Good luck!

nfatin said...

@R.I.A thanks ! =)

Zaki! Namaku said...

Paling penting, be yourself. Hidup ini bukanlah semata-mata nak pedulikan apa yang orang fikir tentang kita.

Dunia Zumal said...

Betul AQu Zack katakan. Baik kita wujud dengan acuan kita sendiri bukan untuk jadi apa yang orang lain harapkan kerana suatu masa pasti kita tak selesa dan rasa terikat...

nfatin said...

@AQu Zack yup,perlu yakin dengan diri sendiri..

@Ahmad Zu Mal Md Rayi hidup kalau sentiasa nak puaskan hati orang lain, kadang2x kurang gembiranya kan.

Unknown said...

hi. terima kasih sebab follow blog sya, which is my new blog.

everything start with a single step

sya pun dah deactivated blog lama saya due to sya mahu restart life.

blog lama sya start dri 2009, tup tap last mei sya shut down.

rasa syg je, tapi sya tabahkn hati jelah. hehe

good luck utk penulisan baru awk. in shaa Allah sya akan rajin singgah sini.

-http://nabihahsuriana.blogspot.com-

nfatin said...

@Nabihah Suriana terima kasih kembali jugak. =)

Yup, nak mulakan dengan yang baru memang susah sebab sayang nak tinggalkan yang lama..

Unknown said...

#3 dan #4.
setuju dan setuju lagi.
hikhik

Unknown said...

all the best untuk blog yang baru :)

Nana Liena said...

jadi blogger dgn identiti sendiri,kita bebas bersuara atas platform sendiri tp kena tgk balik apa yg kita suarakan tu tak sentuh sensitiviti.. kadang2 apa yg kita lontarkan tak semua orang faham mcm yg kita faham